Duhai masa ,
Ku mahu meluahkan ,
Sedikit getar hati ,
Yang lama ku pendam ,
Benar sungguh ,
Aku tidak tahu mengapa ,
Ku olah ,
Ku kerah ,
Hati dan fikiran ku ,
Mengapa begini sekali ,
Sakit menghadapi rintangan yang satu ini ,
Ku kikir habis setiap detik masa ,
Hanya demi menjadikan sebuah usaha ,
Namun ,
Sama sahaja ,
Yang bersahaja membaling tubuh di setiap ruang dan waktu pula yang menggapai bintang di angkasa ,
Apakah mana adilnya ?
Ku tanya ,
Selalu saja aku bertanya ,
Mereka bilang ,
Itu rahsia Dia ,
Iya kan sahaja semua ,
Terima dengan rasa bahagia ,
Walaupun di dasar nya sengsara .
Cekal menjadi hak mu ,
Apabila ,
Semua nya kau tepis ,
Tahu bahawa Dia empunya segala ,
Tidak aku tahu ,
Sebentar lagi aku bakal penerima sejambak kemanisan daripada Nya ,
Kemanisan yang bernama REZEKI ,
Setelah berumpun USAHA kau tanam ,
Selama berapa lama aku bertahan ,
Kerana aku pemilik SABAR .
Sabar .
Tunggu saja .
Done . ALISNAN
No comments:
Post a Comment