Dia bercerita ,
Pada suatu malam ,
Tentang hidup ,
Hakikat ,
Menjalani sebuah kesusahan ,
Hakikat ,
Sengsara menepis cacian ,
Hakikat ,
Mencari sepinggan nasi ,
Hakikat ,
Memiliki sebuah buku ,
Pandang sahaja ,
Berjarak hanya berapa selang pohon ,
Bau kudrat abah cukup menggambar kan beribu kesengsaraan ,
Perlahan keluhan mak berbisik bisik cukup sayup kan hati yang mahu tabah itu ,
Penat ,
Tak usah kau tanya ,
Manakan larat ,
Ratapan dia ,
Duka dia ,
Sakit dia ,
Pegang sebentar setiap satu ,
Dan dia tinggal kan ,
Bila masa nya dia harus membelek nota nota masa hadapan ,
Dia letakkan saja di hujung katil dan
Pergi .
Dan pulang ,
Dia ambil kembali ,
Begitu la hari hari nya .
Berbeza sudah kini ,
Sudah jadi sebuah kenangan ,
Di menara gading ini ,
Dia membina azam ,
Dia kukuhkan setiap sudut ,
Bila masa nya nanti ,
Semampunya ,
Dia membawa kembali kegembiraan ,
Supaya dapat membayar kembali cacian semalam ,
Dia tukarkan dengan pujian .
Selamat berjaya mengumpul tatabahasa buat jadi noktah ayat mereka dahulu ya!
Buat insan @aratiza
Done . Alisnan
No comments:
Post a Comment