Koma ,
Bukan titik perhentian ,
Bukan jua suatu pengakhiran ,
Koma ,
Apakah kau mengerti ?
Di kala senja ,
Aku duduk ,
Hentikan corak langkah ,
Biar desir pasir dibawa bersama udara penuh keluhan seksa duka ,
Henti ,
Sejenak ,
Mencuri detik yang pantas mengiring 60 saat itu ,
Fikir . .
Koma ,
Takkan ada noktah ,
Tiada titik penghujung
Tapi hanya segulung jawapan ,
Yang tidak mungkin terucap ,
Hanya hati yang menyimpan ,
Bahawa hati ini takkan berganjak dari lapang mana aku bertapak sebelum noktah nya aku campak . .
Done . ALISNAN
No comments:
Post a Comment