Assalamualaikum and good morning.
Agak lama saya tidak membuat entry baru.Ermm..kenapa agaknya? Saya pun kurang pasti..hehe.Since SPM berakhir,saya jarang online and i am jobless right now..ngee.Jealous sangat bila tengok kengkawan ramai dah pergi study but i have to wait for the SPM result announcement pada 20/3/2013..ye lah result trial saya agak kurang cemerlang,so tak berapa strong untuk apply study guna result tu.Saya sudah isi application form menggunakan result tu,ternyata saya tidak diterima sebagai salah seorang calon untuk di’interview’.Tapi tak pe lah..saya harap result SPM nanti dapat memenuhi impian saya!!!!.Jadi kepada calon atau generasi akan datang,usahalah sehabis baik yang boleh selagi masih ada masa.Cikgu saya pun pernah cakap,selagi ada kudrat teruskan belajar sebab sekarang ni dah macam macam cara kita boleh belajar dan apa yang penting jangan putus asa.Dulu, time tengah struggle dengan SPM,ada beberapa cara yang saya gunakan untuk mengekalkan semangat belajar.Antara tipnya:
1-Kena sentiasa ingat kat ibu bapa.Bila kita ingat kat ibu bapa,kita akan ingat pengorbanan diorang.Macam mana kesanggupan diorang menghantar kita ke kelas tuisyen,mencari rezeki,mengorbankan masa dan sebagainya.
2-Sentiasa melihat kearah orang yang sudah berjaya.Haha.Bukan sekadar
melihat dan memandang tanpa perasaan sahaja,itu dah memang tak de harapan.Maksud saya,melihat dengan menginspirasikan mereka.Contohnya,dulu saya selalu menyimpan helaian surat khabar yang memaparkan salam perantauan yang majoritinya terdiri daripada pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dan saya akan melihatnya sebelum tidur pada setiap malam untuk mengekalkan semangat saya.Bukan itu sahaja,saya juga menginspirasikan rakan sendiri untuk mendorong semangat sentiasa kekal untuk berjaya.
3-Menjauhkan diri daripada apa apa sahaja yang boleh mengurangkan semangat untuk study.Contohnya,online.Memang seronok online tapi kadang kadang memakan masa yang agak berjam jam sampai lupa nak study.So,kena plan baik baik.Ada sesetengah orang tuh,laptop dah macam pakwe/makwe,dah tak boleh nak berenggang langsung dan penyelesaiannya kurangkan masa berdua duaan dengan laptop dan lebihkan masa dengan booksssss..okeyh?Apa yang lebih baik lagi,berpisah lah dengan laptop sampai habis SPM atau apa apa saja exam yang penting.
Wah..panjang betul entry hari ni.Ini je yang dapat saya kongsikan dan saya harap tip tip dapat la dimanfaatkan oleh cik cik pembaca sekalian.Apapun pendapat saya,kita akan lebih selesa dengan cara kita sendiri.Soooo..make your own way to keep your mind on getting your goal.
No comments:
Post a Comment