Thursday, 12 September 2019

Hi !

Assalamualaikum and hi yall . Lamaaa nyaa i tak blogging. Nothing much to share , but i just nak bagitau i am currently dieting . Since sekarang dah kerja , boleh la nak diet , kalau duk rumahh haaaa , apa lagi pantang rileks sikit , mesti cari something nak ngap . Ye laaa lama sangat dah tanam anggur , hasilnya tadakkk . Cuma time menganggur itu hari, ada la buat kuih frozen , buat sandwich letak kat kedai pagi . Gigih tak i ? Gigih kan ? Ye la mana tak gigihnya , nak cari duit punya psl , kalau boleh taknak la goyang kaki duk rumah , tu pun umi dgn abah bg suggestion utk letak kuih dekat dengan rumah , so masyuk la skit kan . Tp serius , meniaga makanan frozen macam ni memang penat , tak tau la macam mana kadang2 ada akak akak yang letak kuih dekat banyak tempat , i mean macam kat satu tempat ada 4 jenis kuih , satu jenis pulak 20 biji pastu letak pulak dekat 3 kedai yang berbeza . Memang i salute kat wanita wanita malaysia yang buat kuih cenggitu . Anyways , i dah pergi jauh dari topik diet ni haaa . Why tetiba je nak diet kan padahal dah bertahun menggemuk, kan ? Haaa , ceni cerita dia . Umi dah start diet after raya haritu , dia ada dia punya own coach laaa.  Kiranya dia masuk prog bayar yuran semua utk session selama 22 hari if im not mistaken la.  So , dalam masa session tu memang dia betul2 jaga makan , ikut apa plan yang coacg dia buat and then , selalu je dia pasang voice note like ceramah abt dieting , foods and sort of la.  Umi akan pasang akan kuat kuat even kitorang tgh tgk tv , layan phone ke dia pasang je , so automatically kitorang akan dengar sama . Tp memang alhamdulillah , memang tak rugi umi masuk prog tu sbb i tgk umi makin banyak ilmu bab dieting and it is proven kot dalam masa sebulan dia boleh loss around 8 kg . Ramai kwn2 tegur dia cengkung , makin kurus, bnyk baju yg before this dia takleh muat , sekarang dia muat, loose lg . Haaa gitewww . Sooooo , i pun dah kena ceramah dengan umi pasal kurus ni . Lagipun , i punya konvo tinggal sebulan lg , apa lagi . I have to make move , anything la as long as i boleh ramping sikit time konvo nanti . So , kalau i free , i upload gamba my daily diet . Mana tau boleh dapat inspirasi kan . I chow dlu yeee .

Tuesday, 28 November 2017

Pemimpin

Okay. Since tersangat lama i tak post story.  So,  tonight i make it one.  Okay,  bincang sikit pasal pemimpin.  Apa korang fikir.  It must be like

'wuu bincang kencang la dia ni kerja macam haprak '

'ishh boleh ke dia ni,  macam tak yakin je'

Okay,  ini normal.  Biasala masyarakat suka untuk memberi pendapat even diorang fes time nampak kenal orang tu. See,  pemimpin tu sendiri yang akan menunjukkan gaya kerja.  Cewahh.  Gitu kau.  Takde la,  tak tau macam mana boleh buat entry macam patriotik semacam.  Haha.  Actually,  alis baru je pulang dari meeting.  Ye lah,  sy ni pemimpin kecil kat kolej kecil.  So,  inilah keadaan yang berlaku.  Since kita tak pernah tgk seseorang bekerja, kita takkan dapat nilai dari segi mana treat dia kat kita, kita dpt judge seseorang tu bila dia bekerja . Thats the only way to judge people,  then baru la bole utk letakkan opinion anda.  Contohnya,  sape yang tau yg diam boleh jadi pemimpin yang baik. Diam untuk perkara yang tertentu. tp bersuara utk yg hak.

Ya, itu sahaja la.  Mungkin i akan up story yang menarik utk korang baca.  Story ni takde la menarik tp cukup utk memberi pendapat. 
            

Friday, 10 March 2017

Kembali kah?

Bukan ak tidak sudi memberi tangan ,
Tetapi ak lebih memerlukan tangan ini ,

Apa hanya kerana tangan mu luka berparut ,
Kau mahu minta tangan sama ak ?

Kalau kau boleh penting kan keperluan ,
Ak juga boleh bikin yang sama ?

Tidak la sekejam itu mahu berlaku sebegitu rupa .

Harap maaf ,

Cuba kau renung sesaat

Apa kau akan lakukan yang sama jika kau di tempat ku ?
Apa jika ak anyam pengorbanan ini , kau akan cukup bersyukur untuk ak ?

Tidak mengapa la
Cukup di sini shj ,
Kau cukup sudah sifat kematangan untuk kau fikir hal temeh seperti ini .

Meter

Lihat lihat ,
Jauh jauh ,

Pandang pandang ,
Jarak jarak .

Hati sahaja mengerti ,
Minda menelaah tidak henti ,
Mulut berdiam diri ,
Kaki tangan buat tak reti .

Biar lah sahaja di sini ,
Asal kan Dia memerhati ,
Lagi kan memahami bahasa jiwa ini .

Terima kasih buat pemilik kognitif aktif .

Aku yang jahil

Bicara tentang agama ,
Bagai dosa itu jakun bagi nya ,

Bicara tentang Tuhan ,
Bagai aku ini tidak pernah kenal akan kebesaran nya .

Apa kau bikin sekarang ?

Apa kau sudah lupa kita berpijak pada tanah yang sama ?

Weh !

Jangan dongak tinggi sangat .
Tuhan tak suka

Hai si pengarang hati ...

Sejak masa berlalu pantas bagi ku ini ,

Agak susah idea idea kata mahu berdamping sama aku ,

Malah makin menjauh ,

Apa huruf huruf indah mahu tunjuk rajuk nya dengan aku ?

Tolong lah jangan ,
Kerana rajuk mu ,
Menarik setiap bait momen yang aku suka ,

Kerana puisi ,
Jantung hati setiap puitis .